Sunday 2 November 2014

Catatan Batu Bersurat Kuala Berang 1303-1387

Petikan sebahagian catatan pada Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu yang dipercayai ditulis antara tahun 1303-1387 Masihi yang meggunakan bahasa Melayu dalam huruf jawi:

Rasul Allah dengan yang orang...bagi mereka...
Ada pada Dewata Mulia Raya beri hamba
Meneguhkan agama Islam 
Dengan benar bicara derma meraksa bagi
sekalian hamba Dewata Mulia Raya
dibenuakan ini penentu agama Rasul Allah
Salla'allahu alaihi wa Sallama 
Raja Mendelika yang benar bicara sebelah 
Dewata Mulia Raya di dalam behumi.
Penenuan itu fardu pada sekalian Raja Mendelika
Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar
Bicara berbajika benua penentuan itu maka titah
Seri Paduka
Tuhan mendudukan tamra ini di benua Terengganu 
Adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab pada tahun sarathan
Di sensakala Baginda 
Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua.

Sumber: Bahasa Melayu Lanjutan, Divisyen Bahasa Melayu (CELPAD), IIUM Press.